11 Tips Anak Bijak

11 Tips Anak Bijak



Pakar perkembangan bayi mengatakan bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. 

Tidak perlu alat-alat canggih untuk merangsang otak bayi dan kanak-kanak. Akan tetapi ANDA merupakan alat pembelajaran terbaik mereka.

Sering bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama mereka. Namun, kadangkala memang agak mencabar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil ini. 

Mari saya kongsikan 11 Tips yang bisa ibu-ibu lakukan untuk membantu merangsang perkembangan minda anak-anak.



1. BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

3. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA 

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

4. BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mommy mah buka lampu ni," sebelum menekan suis. Di sini anda sedang mengajar sebab dan akibat kepada mereka.

5. SEDIAKAN BANYAK TISU 

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

6. MAIN DENGAN WARNA 

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya. 

7. LATIHAN MENEKA 

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

8. BUAT MUKA LAWAK 

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, POOF! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

9. GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

10. TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

11. RAKAM VIDEO UNTUKNYA 

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia remaja nanti.



Salam Sayang
CEO Mak

Perlukah Susu Formula Sebagai Tambahan Susu Ibu?


Assalamualaikum gorgeous mommies.. :)


Pernah tak mommies mengalami situasi dimana berat badan bayi tidak naik-naik? Bayi hanya diberikan 100% susu ibu. Mommies risau bila doktor dan orang-orang keliling cakap kenaikan berat bayi tak memberangsangkan sebab bayi hanya meminum susu ibu. Susu ibu tidak mencukupi. 
Bagi mommies yang pertama kali menyusukan anak pasti berasa risau dan serba-salah. Mereka menyarankan supaya susu ibu dicampur dengan susu formula kerana bayi tidak cukup kenyang. Bayi tidak kenyang akan menyebabkan berat badan bayi menurun.
Setelah mommies kaji apakah puncanya, mommies merasakan tiada apa-apa kekurangan atau kesilapan yang dilakukan. Bayi banyak minum susu ibu. Bayi juga dah mudah makan solid food seperti bubur, puree dan sebagainya.  


Credit: Google
Namun begitu, doktor merasakan bayi mommy tidak cukup kenyang dengan hanya susu badan dan bubur. Olleh itu berat badan bayi tidak naik sebanyak bayi yang diberi susu formula. Ini kerana doktor membandingkan pertumbuhan bayinya dengan carta pertumbuhan bayi yang diberi susu formula. Perbandingan yang mungkin tidak adil untuk bayi yang minum susu ibu. (Walaupun begitu, terdapat doktor yang arif mengenai perbezaan susu ibu dan susu formula dan tidak membuat perbandingan seperti itu.)
Kalau dilihat dalam carta di bawah , berat badan bayi yang hanya diberi susu ibu tanpa dicampur susu formula naik mendadak dalam 4 bulan pertama dan makin berkurangan selepas itu (dot yang berwarna merah). Apabila usia 9-10 bulan, kenaikan beratnya amatlah perlahan, mungkin setakat 100-200g sahaja.
Jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula, kenaikannya tetap banyak sehingga 500g ketika usia 9-10 bulan dan berterusan begini sehingga lebih daripada usia 1 tahun.


Kenapa kenaikan berat badan bayi yang hanya minum susu ibu berkurangan apabila usianya meningkat?

Susu ibu mudah dihadam jika dibandingkan dengan susu formula. Bagi menghadamkan susu formula, badan bayi akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memecahkan susu formula ke dalam bentuk yang mudah dihadam. Apabila banyak tenaga digunakan untuk tujuan ini, bayi akan merasa penat dan tidur untuk lebih lama.
Manakala bayi yang diberi susu ibu sahaja, penghadamannya yang lebih cepat tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak. Oleh itu, bayi ini selalunya lebih aktif sebab tenaganya yang lebih digunakan untuk belajar bergerak seperti duduk, mengesot dan merangkak. Oleh kerana banyak bergerak, (atau orang kata “aktif”) berat badannya menyusut serta kenaikannya tidak banyak. Badan yang ringan lebih mudah untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks seperti merangkak.
Untuk bayi, melakukan banyak pergerakan amat penting kerana pada masa pergerakan ini banyak saraf dalam otak akan terbina yang juga melibatkan saraf ototnya. Otak bayi hanya akan berkembang bila dia banyak bergerak dan berlatih banyak kali dalam melakukan sesuatu pergerakan. Apabila bergerak, banyak saraf otak akan terbina yang akan digunakan untuk mengawal ototnya. 

Anda mungkin perasan yang bayi melakukan sesuatu pergerakan berulangkali sehingga dia mampu mengawal pergerakannya “secara sedar”. Sebelum itu, pergerakannya seperti tidak mampu dikawal dan terjadi secara automatik. Jadi, bayi yang ringan badannya, secara amnya, lebih cepat belajar untuk mengawal pergerakan badannya oleh kerana tidak terbatas oleh berat badannya. Walaupun bayi yang aktif seperti ini macam tak banyak tidur atau tidur tak lama, sebenarnya tidurnya cukup. Dia akan tidur bila dia rasa nak tidur dan bangun apabila rasa cukup. 
Jadi, terdapat baik dan buruknya implikasi kalau ditambah dengan susu formula kalau bayi selama ini hanya diberi susu ibu. Ia juga bergantung kalau susu perahan memang tidak mencukupi lagi untuk kegunaan bayi. Kalau perlu ditambahkan juga, pastikan susu ibu lebih banyak daripada susu formula.
Kalau bayi anda sihat, aktif belajar bergerak dan susu perahan mencukupi serta dia mahu makan dengan baik, kemungkinan besar bayi anda tidak perlu susu formula sebagai tambahan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menimbangkan baik dan buruknya untuk tambah susu formula jika tujuannya hanya semata-mata untuk menaikkan berat badannya dan buat dia tidur lama. Walau bagaimana pon saya sokong 100% penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Salam sayang,
CEO Mak

10 Cara Tambah Susu Badan


1. Kerap Menyusu

Payudara bekerja mengikut permintaanSemakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu dihasilkan. Apabila bayi anda akan melalui fasa 'growth spurt'ia adalah mudah untuk jatuh ke dalam kesimpulan bahawa "bayi saya lapar dan susu saya tidak mencukupi." Apa yang sebenarnya berlaku adalah bayi anda merangsang tubuh anda untuk menghasilkan susu yang lebih banyak untuk memenuhi keperluan bayi anda akan selepas fasa 'growth spurt' itu.

Perkara yang harus dielakkan adalah menambah keperluan bayi dengan susu formula. Adalah agak sukar untuk menumpukan sebahagian besar hari anda dengan menyusu, tetapi ia adalah perkara yang terbaik untuk bayi dan penghasilan susu anda.




2) Pam Selepas Menyusu

Jika anda akan kembali bekerja, mewujudkan rutin mengepam lebih awal akan membuat peralihan yang lebih lancardan akan membantu anda menyimpan stok susu yang lebih banyakWalaupun anda akan menjadi suri rumah, mengepam selepas menyusu akan membantu meningkatkan pengeluaran anda dan memberikan bekalan susu jika anda mahu keluar sebentar.



3) Periksa Posisi "Latch On"

Jika bayi anda melekap dengan baik, lidah bayi akan melekat di atas gusinya dan bibir bayi akan terbuka luas, sementara puting dan areola anda akan berada di dalam mulutnyaJika penyusuan tidak menyakitkan itu merupakan petanda baik bahawa posisi 'latch on' bayi adalah baiktetapi tidak ada salahnya jika anda memeriksa juga posisi bayi.

Jika posisi 'latch on' bayi anda tidak baik, tarik keluar puting anda perlahan-lahan. Gunakan puting anda untuk membuka mulutnya sehingga terbuka luasdan masukkan puting anda sehingga ke areolaUlang sehingga anda mendapat posisi 'latch-on' yang baikTanpa posisi 'latch on' yang betul bayi tidak dapat mengosongkan payudara anda.





4Tukar Payudara

Pastikan semasa sesi pemyusuan bayi disusukan pada kedua-dua payudara secara bergilir-gilir. Ini merangsang kedua-dua payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu dan membantu memastikan bayi anda mengosongkan kedua-dua payudara sepenuhnya.

5) Elakkan Penggunaan Puting

Setiap kali bayi menghisap puting adalah waktu yang terbuang dan menganggu proses merangsang penghasilan susu. Ketika awal-awal bulan, kebiasannya bayi mahu melekat dengan ibu dan lebih kerap bersama ibu. Keadaan ini menyukarkn pergerakan ibu namun ini adalah yg terbaik bagi bayi dan juga  pengeluaran susu.

 6) Daftar dengan Perunding Laktasi

Walaupun telah berusaha dengan baik, kebarangkalian untuk melakukan kesilapan dalam penyusuan sentiasa ada. Perunding laktasi pakar dalam membantu ibu-ibu dalam proses penyusuan dan dalam isu-isu penyelesaian masalah. Walaupun tidak semua profesional perubatan bergantung sepenuhnya kepada memperkenalkan susu formula untuk kes-kes yang sukar, masih ramai melakukannyaSelagi bayi anda tidak kehilangan berat badan atau gagal untuk berkembang perunding laktasi adalah rakan terbaik anda.

7) Memakai Coli Yang Betul

Memakai coli yang memampatkan payudara anda atau yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah aliran susuColi yang salah kadang-kadang boleh menyebabkan kelenjar susu tersumbat, ketidak selesaan dan juga bermakna bahawa tiada susu yang dapat dihasilkan.

8) Makan Oat

Oat adalah makanan untuk menambahkan susuWalaupun ia masih belum terbukti oat menyebabkan pengeluaran susu yang banyakia adalah satu fakta di mana ramai wanita yang mengambil semangkuk oat di sebelah pagi akan menyebabkan payudara penuh pada waktu malamJika anda tidak suka oatmeal anda masih boleh mendapatkan manfaat yang sama dari granolaoatmeal cookiesatau muffin oatmeal-pisang.

9) Elakkan Pil Perancang yang mengandungi Hormon

Jika anda tidak perlu menggunakan pil, jangan ambil. Kondom, IUD dan implanon bebas hormon adalah pilihan yang baik untuk ibu menyusu. Hormon dalam kebanyakan pil perancang kelahiran akan mempunyai kesan negatif ke atas bekalan susu anda. Jika anda benar-benar perlu mengambil pil perancang, berbincang lah dengan doktor anda tentang pil perancang yang mesra penyusuan.

10) Pergi Bercuti

Sebuah percutian penyusuan, iaitu.

Apabila semua kaedah yang lain gagal, habiskan hujung minggu di tempat tidur dengan bayi andaJika anda tidak mempunyai gangguan dan melupakan perkara lain sebentar, proses ini dapat meningkatkan pengeluaran susu anda. 
Jangan takut untuk meminta keluarga dan rakan-rakan anda untuk menjaga perkara-perkara di sekitar rumah untuk sehari atau dua, kerana anda melakukan perkara yang paling penting untuk anda dan bayi.


Salam Sayang
CEO Mak

Susu Sikit Ketika Berpantang

Apa itu bekalan susu sikit?


Hampir semua ibu melalui fasa dimana ibu mempersoalkan sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak, terutamanya ketika mula menyusu.

Ramai ibu merasakan bekalan susu mereka sikit apabila sebenarnya ia tidak. Ibu merasa demikian kerana payudara tidak berasa penuh atau susu berhenti meleleh dari payudara. Tetapi ini sebenarnya ia merupakan tanda-tanda badan anda telah menyesuaikan keadaan mengikut keperluan pemakanan bayi anda. Bayi yang sedang membesar munkin perlukan susu lebih daripada biasa dan kekerapan penyusuan juga bertambah boleh meyebabkan payudara kurang penuh daripada biasa.


Apa punca susu sikit?


Bekalan susu ibu boleh menjadi sikit jika ibu tidak kerap menyusukan bayi. Sakit atau pengambilan pil yang mengandungi estrogen seperti pil perancang juga boleh menjejaskan pengeluran susu ibu. ada juga keadaan dimana keadaan biologi atau fizikal seperti pembedahan payudara atau gangguan hormon juga menyebabkan bekalan susu menjadi sikit.

Bagi kebanyakkan ibu, masalah sebenar adalah cara menyusu dan bukan masalah pengeluaran susu. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi atas sebab tertentu seperti teknik lekapan yang tidak betul, susu menjadi sikit dan bayi tidak mendapat susu yang mencukupi.




Bagaimana anda boleh tahu jika bayi mendapat susu yang cukup?


Berikut adalah cara-cara anda akan tahu:

  • Berat bayi anda meningkat 1 auns sehari dalam tempoh 3 bulan pertama kehidupan dan setengah auns sehari dari umur 3 bulan hingga 6 bulan. Bayi yang baru lahir biasanya akan kehilangan berat lahir mereka sebelum mendapat kembali berat lahir nya. Bayi anda perlu mendapatkan kembali berat lahirnya semasa 10 hari hingga 14 hari selepas lahir. Berat badan bayi anda adalah bukti terbaik bahawa bayi medapat susu yang mencukupi.
  • Bayi anda kerap menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali, dengan jumlah sekurang-kurangya 8 penyusuan sehari.
  • Anda mendengar dia menelan dan kadang-kadang anda melihat susu di tepi mulutnya.
  • Bayi anda kelihatan sihat dan aktif.
  • Bayi anda kencing 7 atau 8 kali sehari.

Bagaimana anda boleh meningkatkan bekalan susu anda?


Anda boleh mencuba perkara berikut;

  • Berjumpa dengan pakar laktasi. Beliau boleh menimbang berat bayi anda dan memberikan tips bagaimana untuk meningkatkan bekalan susu yang sikit.
  • Susukan bayi anda dengan kerap.  Sesi menyusu yang kerap akan merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Pastikan untuk menawarkan kedua-dua payudara pada setiap penyusuan
  • Dapatkan posisi lekapan yang terbaik. Perunding laktasi boleh membantu anda dengan kedudukan lekapan yang betul.
  • Apabila corak hisapan dan menelan bayi anda menjadi lambat, tekan payudara dengan tangan untuk meningkatkan aliran susu kepada bayi anda dan untuk sepenuhnya mengosongkan payudara. Apabila aliran susu anda perlahan apabila ditekan, tukar posisi ke payudara sebelah dan ulang hingga bayi kenyang dan berhenti menghisap. 
  • Merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan menambah sesi mengepam antara penyusuan . Simpan susu yang dipam untuk diberikan kepasa bayi pada masa yang akan datang, jika diperlukan, pam sehingga bekalan susu anda meningkat. Jangan menambah penyusuan bayi anda dengan apa-apa makanan pepejal atau formula, melainkan anda dan penjaga anda memutuskan bahawa bayi anda memerlukan khasiat tambahan atas sebab-sebab perubatan.
  • Elakkan penggunaan puting. Sebaliknya, galakkan bayi anda untuk menghibur dirinya pada dengan menghisap  payudara sekaligus akan merangsang pengeluaran susu anda.
  • Bayi yang mengantuk perlu dikejutkan dan digalakkan untuk menyusukan lebih bersungguh-sungguh (dengan itu merangsang kelenjar untuk menghasilkan lebih susu). Untuk memastikan bayi sedar dan berminat, cuba alih posisi kiri dan kanan dengan kerap. Sesetengah ibu bermain dengan kaki bayi mereka semasa penyusuan untuk memastikan mereka terjaga.
  • Ibu-ibu yang mempunyai susu sikit rendah mungkin perlu memeriksa tahap tiroid mereka. Tahap tiroid yang rendah dikenali untuk menyebabkan susu sikit.

Bagaimana bekalan susu sikit memberi kesan kepada bayi anda?

Jika bayi anda kerap mendapat susu sikit daripada yang dia perlukan, dia boleh didiagnosis dengan kegagalan meningkatkan berat badan, suatu keadaan yang boleh menghalang perkembangan fizikal dan mental.

Hubungi doktor bayi anda atau lakukan pemeriksaan segera jika berat badan bayi tidak meningkat atau kehilangan berat badan. Teknik penyusuan yang betul biasanya akan memnatu, tetapi dalam beberapa kes pengurangan berat badan atau meningkatkan berat badan terlalu perlahan boleh memberi kesan kesihatan yang serius.


Salam Sayang,
CEO Mak