6 TIPS IBU BEKERJA DAN MENYUSUKAN BAYI

6 TIPS IBU BEKERJA DAN MENYUSUKAN BAYI




BEKERJA BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENYUSUKAN BAYI


Penyusuan bagi ibu yang bekerja memang agak mencabar. Ramai ibu bekerja dalam dilema mahu menyusukan bayi mereka. 

Mari saya kongsikan beberapa tips penyusuan untuk menjayakan misi penyusuan bagi ibu yang bekerja.

6. Sediakan Stok Susu Ibu Sekurang-kurangnya 2 Minggu Sebelum Bekerja.

5. Rancang Masa Dan Tempat Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Mengepam di Pejabat

4. Beritahu Majikan Ibu Akan Ambil Sedikit Masa Untuk Mengepam Ketika Berada Di Pejabat

3. Berfikiran Positif Dan Katakan "Aku Boleh"

2. Keluarkan Sedikit Modal Untuk Membeli Pum Yang Sesuai Digunakan Sewaktu Bekerja

1. Carilah Ilmu Penyusuan dan Group Sokongan Penyusuan Terutama Bagi Ibu Bekerja




Nak sembang-sembang boleh hubungi saya di 

019-7631333 whatsapp atau sms. Boleh 
juga hubungi saya di facebook messenger
Azreen Ahmed

Punca Bengkak Kaki Ketika Hamil

Punca Bengkak Kaki Ketika Hamil

Semasa hamil tubuh menghasilkan 50% lebih banyak darah dan air untuk keperluan perkembangan bayi dalam kandungan. Bengkak kaki atau ' Edema' adalah perkara biasa semasa hamil disebabkan daripada pertambahan darah dan air ini.

Tambahan cecair di dalam tubuh diperlukan untuk menampung pembesaran rahim dan bayi di dalam kandungan biasa terjad semasa hamil trimeater ketiga. Bengkak kaki biasa terjadi ketika trimester kedua dan ketiga. 50% - 80% wanita yang sihat akan mengalami bengkak kaki. Secara tidak langsung ia mengakibatkan pertambahan berat badan normal.

Credit : WebMD

Antara punca bengkak kaki adalah kerana ;

• kekurangan kalsium
• garam berlebihan
• mengambil kafein berlebihan
• berdiri lama
• terlalu aktif
• cuaca panas
• kekurangan air

Apabila bayi semakin membesar, rahim akan memberi tekanan kepada saluran darah di urat punggung (pelviks). Ini akan menjejaskan salur darah besar (vena kava) yang menerima darah daripada anggota badan di bahagian bawah badan. (urat besar di sebelah kanan badan yang membawa darah ke jantung).

Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul, seterusnya memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan.

Cecair yang berlebihan ini berkumpul di dalam tisu, menjejaskan pembuluh darah seterusnya menyebabkan perjalanan darah ke jantung menjadi tidak lancar dan perlahan. Ia akan menjadi lebih parah jika ibu tersebut mempnuyai air ketuban yang berlebihan atau hamil bayi kembar.

Bengkak kaki ini cenderung terjadi pada sebelah petang dan malam. Ia beransur kurang menjelang waktu pagi setelah tidur dan rehat sepanjang malam.

Menjelang penghujung kehamilan, anda juga akan dapati tangan anda membengkak dan cincin yang dipakai menjadi ketat.

Jika anda mengalami bengkak tangan, kaki dan muka yang teruk. Itu mungkin salah satu tanda preeclamsia yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan. Segera lah berjumpa dengan doktor anda.

Walau bagaimana pun tidak semua ibu hamil mengalami bengkak kaki. Ikuti tips mengelakkan bengkak kaki semasa hamil bagi kehamilan yang lebih selesa.

Anda perlukan bantuan? Boleh hubungi saya di talian

019-7631333 

atau pm di messenger Azreen Ahmed.