Susu Sikit Ketika Berpantang

Apa itu bekalan susu sikit?


Hampir semua ibu melalui fasa dimana ibu mempersoalkan sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak, terutamanya ketika mula menyusu.

Ramai ibu merasakan bekalan susu mereka sikit apabila sebenarnya ia tidak. Ibu merasa demikian kerana payudara tidak berasa penuh atau susu berhenti meleleh dari payudara. Tetapi ini sebenarnya ia merupakan tanda-tanda badan anda telah menyesuaikan keadaan mengikut keperluan pemakanan bayi anda. Bayi yang sedang membesar munkin perlukan susu lebih daripada biasa dan kekerapan penyusuan juga bertambah boleh meyebabkan payudara kurang penuh daripada biasa.


Apa punca susu sikit?


Bekalan susu ibu boleh menjadi sikit jika ibu tidak kerap menyusukan bayi. Sakit atau pengambilan pil yang mengandungi estrogen seperti pil perancang juga boleh menjejaskan pengeluran susu ibu. ada juga keadaan dimana keadaan biologi atau fizikal seperti pembedahan payudara atau gangguan hormon juga menyebabkan bekalan susu menjadi sikit.

Bagi kebanyakkan ibu, masalah sebenar adalah cara menyusu dan bukan masalah pengeluaran susu. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi atas sebab tertentu seperti teknik lekapan yang tidak betul, susu menjadi sikit dan bayi tidak mendapat susu yang mencukupi.




Bagaimana anda boleh tahu jika bayi mendapat susu yang cukup?


Berikut adalah cara-cara anda akan tahu:

  • Berat bayi anda meningkat 1 auns sehari dalam tempoh 3 bulan pertama kehidupan dan setengah auns sehari dari umur 3 bulan hingga 6 bulan. Bayi yang baru lahir biasanya akan kehilangan berat lahir mereka sebelum mendapat kembali berat lahir nya. Bayi anda perlu mendapatkan kembali berat lahirnya semasa 10 hari hingga 14 hari selepas lahir. Berat badan bayi anda adalah bukti terbaik bahawa bayi medapat susu yang mencukupi.
  • Bayi anda kerap menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali, dengan jumlah sekurang-kurangya 8 penyusuan sehari.
  • Anda mendengar dia menelan dan kadang-kadang anda melihat susu di tepi mulutnya.
  • Bayi anda kelihatan sihat dan aktif.
  • Bayi anda kencing 7 atau 8 kali sehari.

Bagaimana anda boleh meningkatkan bekalan susu anda?


Anda boleh mencuba perkara berikut;

  • Berjumpa dengan pakar laktasi. Beliau boleh menimbang berat bayi anda dan memberikan tips bagaimana untuk meningkatkan bekalan susu yang sikit.
  • Susukan bayi anda dengan kerap.  Sesi menyusu yang kerap akan merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Pastikan untuk menawarkan kedua-dua payudara pada setiap penyusuan
  • Dapatkan posisi lekapan yang terbaik. Perunding laktasi boleh membantu anda dengan kedudukan lekapan yang betul.
  • Apabila corak hisapan dan menelan bayi anda menjadi lambat, tekan payudara dengan tangan untuk meningkatkan aliran susu kepada bayi anda dan untuk sepenuhnya mengosongkan payudara. Apabila aliran susu anda perlahan apabila ditekan, tukar posisi ke payudara sebelah dan ulang hingga bayi kenyang dan berhenti menghisap. 
  • Merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan menambah sesi mengepam antara penyusuan . Simpan susu yang dipam untuk diberikan kepasa bayi pada masa yang akan datang, jika diperlukan, pam sehingga bekalan susu anda meningkat. Jangan menambah penyusuan bayi anda dengan apa-apa makanan pepejal atau formula, melainkan anda dan penjaga anda memutuskan bahawa bayi anda memerlukan khasiat tambahan atas sebab-sebab perubatan.
  • Elakkan penggunaan puting. Sebaliknya, galakkan bayi anda untuk menghibur dirinya pada dengan menghisap  payudara sekaligus akan merangsang pengeluaran susu anda.
  • Bayi yang mengantuk perlu dikejutkan dan digalakkan untuk menyusukan lebih bersungguh-sungguh (dengan itu merangsang kelenjar untuk menghasilkan lebih susu). Untuk memastikan bayi sedar dan berminat, cuba alih posisi kiri dan kanan dengan kerap. Sesetengah ibu bermain dengan kaki bayi mereka semasa penyusuan untuk memastikan mereka terjaga.
  • Ibu-ibu yang mempunyai susu sikit rendah mungkin perlu memeriksa tahap tiroid mereka. Tahap tiroid yang rendah dikenali untuk menyebabkan susu sikit.

Bagaimana bekalan susu sikit memberi kesan kepada bayi anda?

Jika bayi anda kerap mendapat susu sikit daripada yang dia perlukan, dia boleh didiagnosis dengan kegagalan meningkatkan berat badan, suatu keadaan yang boleh menghalang perkembangan fizikal dan mental.

Hubungi doktor bayi anda atau lakukan pemeriksaan segera jika berat badan bayi tidak meningkat atau kehilangan berat badan. Teknik penyusuan yang betul biasanya akan memnatu, tetapi dalam beberapa kes pengurangan berat badan atau meningkatkan berat badan terlalu perlahan boleh memberi kesan kesihatan yang serius.


Salam Sayang,
CEO Mak

No comments