Saya Azreen Ahmed atau lebih dikenali sebagai Mommy Rafa atau CEO Mak. Seorang ibu kepada seorang cahaya mata. Sangat teruja dengan penyusuan susu ibu.
Saya bermula dengan perniagaan Shaklee sejak 4 tahun lalu selepas pengambilan Set Pantang Shaklee untuk membanyakkan lagi susu ibu.
Dengan pengalaman menyusukan anak pertama saya selama 3 tahun 2 bulan, saya hanya inginberkongsi pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk melihat ramai ibu bekerjaya atau tidak menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya 2 tahun seperti yang telah disyariatkan.
Impian saya mahukan ibu-ibu semua sedar akan kepentingan penyusuan dan tidak mudah putus asa untuk berikan yang terbaik untuk si manja. Saya juga mengutamakan kepentingan pelanggan saya lebih dari yang lain. Oleh itu saya akan terus berkongsi seberapa banyak maklumat untuk manfaat bersama.
Jika Mommy mahu mengenali saya dengan lebih mendalam, boleh singgah di facebook atau instagram saya @azreenahmed.