Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula


Credit : The Milk Meg


Penyusuan susu ibu kini menjadi trending dikalangan rakyat di Malaysia. Sebenarnya ia bukan trending tetapi ramai ibu-ibu yang telah celik tentang kebaikan penyusuan ibu. Pendedahan tentang susu ibu semakin banyak diwar-warkan.

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi semestinya suatu yang sangat menggembirakan dan ia adalah saat yang sangat sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi, saya sangat berharap ibu-ibu beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan bayi.

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, mommies digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan secukupnya kepada bayi. Kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imunisasi bayi melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kembung. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat penting untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

Susu ibu tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. Penyusuan memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan Penyusuan susu ibu kepada ibu

Penyusuan ibu membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Semasa penyusuan tubuh membakar lebih banyak kalori dan mengembalikan bentuk badan asal ibu dengan cepat. Ia juga mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Ia juga menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain-lain kebaikan

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.


Nak sembang-sembang boleh hubungi saya di 
019-7631333 whatsapp atau sms. Boleh 
juga hubungi saya di facebook messenger
Azreen Ahmed